Latest News

Hubungan Saya Dengan Zizan Profesional – Kaka


Foto : CIPOT REDZ
Tiada siapa yang dapat menafikan Bawaku Pergi duet Zizan dan juga Nor Atiqa Noor Azraff ataupun Kaka melonjakkan nama pendatang baru itu dalam industri ini.

Zizan & Kaka
Sejak meletusnya fenomena Bawaku Pergi yang kini sudah mencapai jumlah 3 juta tontonan berulang kali di youtube, menjadikan Kaka sebagai penyanyi baru yang kini menerima tempias populariti yang baik berbanding rakan seangkatan yang lain.
Bagaimanapun populariti yang diraihnya itu terpaksa dibayar dengan nilai anggapan daripada mata yang memerhati bahawa beliau dilihat cuba mengambil kesempatan terhadap populariti Zizan, apatah lagi sering dilihat bersama dikebanyakkan majlis tertentu. Bertemu denganya di Rasta TTDI sempena Femes Baazar Sabtu yang lalu, memberi kami kesempatan untuk bertanyakan akan hal tersebut.

Zizan & Kaka
“Kaka dah anggap diri macam adik Zizan, Dia baik dan banyak tolong Kaka, Zizan juga yang membawa Kaka masuk dalam industri ini. Jadi tak adalah jika ada yang merasakan Kaka rapat dengan Zizan sebab mahu mengambil kesempatan terhadap populariti Zizan untuk kepentingan diri Kaka”
“Tak betul juga sebenarnya jika hubungan rapat kami berdua ini dipandang seperti pasangan kekasih walaupun kami memang sering bersama untuk mana-mana majlis. Hubungan kami ini juga lebih bersifat profesional atas urusan kerja”
“Tapi jika ada yang masih mahu berfikiran negatif macam tu juga Kaka tak mampu nak ubah pendirian mereka dan Kaka pun tak minta macam tu. Macam yang Kaka cakap awal tadi hubungan kami bagaikan satu keluarga. Zizan pun banyak bagi nasihat dekat Kaka” Jelas Kaka dalam nada yang tenang.
Ujar Kaka juga dia dan juga Zizan sudah ada perancangan untuk berduet sekali lagi namun masih mencari lagu sesuai yang mampu menandingi Bawaku Pergi.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.