Latest News

Hubungan Syamsul Dan Yusof Haslam Kini Pulih


Semalam Abang Nara membaca tulisan Syamsul Yusof menerusi BiPop dan memang bergenang juga air mata ini. Mana taknya, Syamsul menceritakan detik-detik dia memohon kemaafan daripada ayahnya, Yusof Haslam dengan begitu terperinci sekali.
syamsul yusof dan yusof haslam
Dengan tajuk artikel “Papa, maafkan aku“, air mata Syamsul turun mencurah-curah ketika memegang tangan kanan ayahnya. Sebab Syamsul tidak terkata menatap wajah ayahnya yang semakin dimamah usia. Apa pun, hari ini menerusi Harian Metro, Yusof Haslam memuji tindakan anaknya yang dianggap matang. Kata Yusof Haslam:-
Ia pengakuan ikhlas anak terhadap ibu bapa dan saya menghormati tindakan beraninya itu. Segalanya sudah selesai dan mungkin apa yang berlaku selama ini hanya perselisihan faham. Saya gembira kenyataannya menjelaskan tiada lagi masalah antara kami.
syamsul yusof dan yusof haslam
Semoga selepas ini, hubungan Syamsul dan Yusof Haslam akan bertambah erat dan terus bergabung menghasilkan filem-filem berkualiti tinggi. Kepada Syamsul, Abang Nara respek anda kerana berjaya membuang ego dan memohon maaf kepada ayah anda. Anda memang macho!!!

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.