Latest News

Mamat Khalid Bakal Jadikan Usop Wilcha Hero Terbaru Filemnya

Menerusi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah watak Usop Wilcha nyata mencetuskan fenomena yang luar biasa tidak lama dahulu. Lantas kesinambungan fenomena itu akan cuba dikekalkan oleh pengarah filem ini menerusi filem terbaru arahan Mamat Khalid iaitu Husin Mon & Jin Pakai Toncit.

Shae Sayang
Malangnya tekaan itu ternyata melesit sama sekali kerana watak Ucop Wilca didalam filem Husin Mon & Jin Pakai Toncit tidaklah menyerlah pada kali ini. Jika filem Hantu Kak Limah dahulu watak Usop adalah dominasi keseluruhan hilai ketawa namun kali ini watak itu bolehlah dilabelkan sebagai sangat bersifat tempelan sahaja.
Crew kami yang turut menyaksikan tayangan perdana filem Husin Mon & Jin Pakai Toncit baru baru ini sempat bertemu dengan Syed Mohamad Asri aka Ucop Wilca untuk bertanyakan tentang hal ini.

Usop Wilca
Jelasnya “Kepada yang tak tahu, watak Usop Wilcha didalam Husin Mon & Jin Pakai Toncit sebenarnya dibuat pengambaran sewaktu Hantu Kak Limah masih lagi sedang ditayangkan dipawagam. Waktu itu watak ini bukan satu fenomena dan tidak siapa pun diantara kami yang menjangkakan watak ini akan mencetuskan satu sambutan yang hebat.”
“Jadi bila filem Husin Mon & Jin Pakai Toncit sudah ditayangkan maka jadilah ia seperti mana yang anda akan lihat nanti. Suka atau tidak itu yang sudah dibuat pengambaranya. Saya faham penonton mahukan lebih lagi dari watak Usop ini memandangkan filem yang lepas watak ini begitu menjadi perhatian. Tapi kita kena sedar Mamat Khalid ada perancangannya tersendiri kenapa watak yang saya bawa pada kali ini tidak begitu menyerlah berbanding sebelum ini”
“Kita simpan sedikit sebenarnya watak Ucop Wilca pada kali ini kerana ada perancangan untuk menjadikan Jenama Ucop Wilca itu satu watak utama bagi filem akan datang. Bagaimanapun saya tak boleh nak cerita lebih pasal hal ini sebab semuanya masih lagi dalam perbincangan” Ujarnya sambil tersenyum sinis.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.