Latest News

Shah Iskandar Akui Tidak Kecewa Rozita Che Wan Pilih Zain Saidin


Tidak terlepas dari digosipkan bersama Rozita Che Wan sebelum ini, Shah Iskandar dikhabarkan bergaduh dengan Zain Saidin kerana berebutkan aktress itu. Kecoh juga dunia hiburan.

Semasa pengikut industri seni sedang sibuk dengan cerita perkahwinan Zain dan Che Ta Julai ini, Shah Iskandar pada waktu itu sedang berada di Singapura. Sekembalinya Shah dari Singapura, dia akui terkejut dengan berita yang sampai ke telinganya.
“Sebenarnya saya baru tahu cerita hari ini (Rabu), baliknya saya dari Singapura dan saya terperanjat bila dapat tahu”
Walaupun sedikit terperanjat, Shah akui gembira dengan berita yang didengarnya. Mengakui Zain dan Che Ta telah saling lama mengenali.
Tidak ada perasaan yang kurang enak terbit darinya kerana dia dan Che Ta sememangnya tidak pernah mempunyai sebarang hubungan istimewa.
Ditanya juga tentang hubungannya bersama dengan pasangan itu, Shah akui hubungan mereka baik seperti biasa. Tiada sebarang perselisihan faham terjadi sepertimana yang digembar gemburkan sebelum ini.
Sebelum ini mereka bertiga pernah digandingkan bersama dalam telemovie Anak Ikan terbitan Astro Ria. Seterusnya Shah Iskandar digandingkan bersama Che Ta dalam drama siri Kiah Spy di Astro Prima.
Shah menambah sebelum mengakhiri perbualan, dia akan menghadirkan diri ke majlis perkahwinan Zain Saidin dan Rozita Che Wan andainya mendapat jemputan.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.