Latest News

Siti Nurhaliza Nasihat Shila Amzah Supaya Jangan Belakangkan Keluarga


Nampaknya kisah percintaan yang penuh halangan antara Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad turut mendapat perhatian daripada penyanyi nombor 1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza. Bercakap kepada Astro Awani, Siti menasihatkan Shila agar rasional dan tidak terlalu mengikut perasaan.
siti nurhaliza

Mungkin Shila boleh mengambil kata-kata nasihat daripada Siti untuk dijadikan semangat untuk meneruskan hidup seperti biasa. Antara kata-kata yang dikeluarkan oleh Siti ialah:-
Memang Siti memahami situasi Shila dan ND Lala. Shila memerlukan suara dan haknya jugak. Sebenarnya tidak salah tetapi pada masa yang kita juga tidak boleh melupakan ibu bapa. Sebab Siti dulu pun melalui keadaan yang sukar. Macam Siti dulu, selagi ibu bapa tak restu, memang Siti takkan mendahulukan mereka. Kalau ada jodoh itu, buat macam mana pun, kalau Allah dah tulis dalam Luh Mahfuz, itulah jodoh kita.
Tonton video Astro Awani di bawah untuk mendengar sendiri kata-kata hikmah daripada Siti.
Kepada anda yang sedang putus cinta, bolehlah jadikan nasihat Siti Nurhaliza sebagai panduan buat diri anda. Kepada Shila, tabahkan hati anda. Kepada Siti, boleh jadi “doctor  love” nie. Heheh ~~

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.