Latest News

Dengan Bantuan Allah Swt, Film ini Berjaya Saya Siapkan – Pierre Andre


Cerita Kita merupakan filem terbaru arahan Pierre Andre yang bakal ditayangkan pada 7 Mac ini. Pierre yang baru sahaja bertunang dengan gadis pilihanya nyata rasa bersyukur apabila filem arahanya ini berjaya disiapkan tanpa sebarang masalah.

Pierre Andre
Ujarnya “Dengan bantuan Allah Allhamdulillah filem Ini berjaya disiapkan dalam masa hanya 11 hari shajaa. Walauoun nampak macam tak boleh buat tapi macam yang saya katakan sebelum ini dengan bantuan Allah Swt filem ini akhirnya berjaya disiapkan tanpa ada sebarang masalah besar”.
“Apa yang menariknya tentang filem arahan saya kali ini ialah kelainanya dimana kali ini saya cuba tonjolkan konsep indie ke dalam filem Cerita Kita.”
Pierre yang kami temui di majlis tayangan perdana filem arahan terbarunya ini turut mengulas mengenai isunya yang dikhabarkan bertunang secara senyap tanpa ada hebahan kepada peminatnya.
Jelas Pierre juga bukan sengaja dia mahu menyorokkan tentang majlis bertunangnya itu cuma katanya majlis itu hanyalah untuk ahli keluarganya sahaja dan akan menghebahkan berita baik ini kepada peminat hanya ketika dia sudah mahu bernikah.
“Bagi saya tak ada niat untuk menyorokkan hal pertunangan saya ini kepada sesiapa sahaja. Bagi saya sewaktu bertunang cukuplah hanya sekadar ahli keluarga sahaja yang tahu. Lagipun saya akan hebahkan juga perkara baik ini kepada semua jika sudah hampir tariknya saya bernikah nanti kerana itu yang lebih penting.”
“Tapi ye la sekarang ini zaman maklumat, hal yang kita ingin kurangkan publisiti akhirnya dapat diketahui oleh orang ramai disebabkan pengunaan teknologi maklumat kini yang lebih pantas & moden.” Ujar Pierre Andre sambil tersenyum sinis.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.