Latest News

JJCM: Iqram Dinzly Merajuk Apabila Qi Razali Ambil Tugas Mengacara



Bukanlah Qi Razali merampas tugas Iqram Dinzly sebagai pengacara program popular Jalan Jalan Cari Makan (JJCM), seperti jahat sangat bunyinya teman tapi mesra Nelydia Senrose itu. Eh.

Pihak produksi yang menerbitkan JJCM telah sebulat suara untuk kembali mengambil Qi Razali sebagai pengacara program itu menggantikan Iqram Dinzly yang telah melakukan tugas itu dengan baik sebelum ini.
Tetapi di’sebalik keputusan mereka, Iqram Dinzly mengakui yang beliau terasa hati dengan apa yang terjadi — semua pengorbanan beliau untuk program itu seolah olah di’pandang hanya sebelah mata.
“Saya terasa dengan keputusan itu dan saya memang merajuk dengan mereka. Saya sanggup tolak tawaran berlakon kerana mahu tumpukan sepenuh perhatian kepada program terbabit”
“Tiba-tiba, lagi dua episod sebelum musim itu berakhir, saya diberitahu tidak lagi akan mengendalikan program itu,” luah Iqram Dinzly.
“Ada juga saya bertanya pada mereka kenapa khidmat saya ditamatkan? Kalau nak kata saya gagal mengendalikannya, saya banyak mendapat maklum balas positif daripada penonton, peminat dan golongan VIP”
“Bagaimanapun alasan diberikan, pemilihan Qi dibuat atas dasar kehendak penaja & konsep kali ini memerlukan pengacara berlakon. Jika itu alasan mereka, saya terima saja,” tambahnya lagi.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.