Latest News

Kawan Sendiri, Artis Rampas Suami Saya – Noniswara


Oh sedihnya dengan apa yang menimpa Noniswara ini. Baru sahaja bercerai dengan suaminya, Datuk Rosman Ridzwan baru-baru ini, Noniswara memberitahu yang bekas suaminya itu dirampas oleh kawan baiknya yang merupakan rakan artis juga. Kejam sungguh dunia ini.
noniswara

Menerusi MediaHiburan, Noniswara berkata:-
Saya tidak sangka, kawan sendiri sanggup melakukan perkara sedemikian kepada saya. Apatah lagi, dia di kalangan rakan artis juga. Saya mengenalinya dengan rapat dan sebelum ini, dia pernah meminta saya untuk cari kawan lelaki untuk dikenalkan kepadanya sedangkan dia memiliki ramai kenalan lelaki. Artis itu mula memberi perhatian kepada suami saya ketika saya sibuk dengan kerja-kerja di lokasi. Dia mula meracuni fikiran Datuk dan cuba memburuk-burukkan saya dengan menganggap saya sering mengabaikan suami.
suami noniswara
Apa nak jadi dengan si rakan artis ini? Suami orang jugak yang dingoratnya. Dah la suami orang, suami member baik sendiri pulak tue. Memang tak ada hati perut langsung. Agaknya rakan artis tersebut rambang mata tengok kekayaan si suami kot. Kata Noniswara lagi.
Setelah berbincang dengan suami, dia mengakui yang dirinya mencintai wanita itu dan tidak mahu melepaskannya. Jadi, buat apa saya tunggu lagi jika dia sendiri akui ketika melihat saya, wajah saya menyerupai ‘hantu’. Saya tidak menyesali dengan apa yang berlaku dan menganggap ianya ketentuan ALLAH SWT. Sebagai manusia, kita hanya mampu berdoa dan mungkin setakat ini sahaja jodoh saya bersama dia
Kalau dah tahap nampak muka macam hantu, kemungkinan kena buatan orang tue mungkin ada. Masih ada lagi rupanya manusia yang percaya dengan perkara-perkara syirik sebegini. Mungkin anda akan bahagia sekarang ini, namun lambat-laun, perbuatan keji itu akan terbongkar jua. Insaflah wahai si perampas.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.