Latest News

Pertama Kali Dinobatkan Pelakon Lelaki Terbaik FFM 25, Faizal Hussein Botakkan Kepala Demi Bunohan



Tidak pernah menggondol sebarang anugerah, Faizal Hussein memberitahu ini pertama kali dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 25.

Pernah mempertaruhkan dirinya dalam Kanta Serigala pada 1993, namun mengakui sangat kecewa apabila kalah kepada pelakon yang cukup hebat baginya, Eman Manan dalam Bintang Malam. Tidak menolak, Eman Manan merupakan seorang pelakon yang sememangnya hebat.
Melibatkan dirinya dalam bidang seni seawal usianya 5 tahun lagi. Merupakan anak kepada pelakon yang tidak kurang hebat dahulu, Hussien Abu Hassan. Terbukti darah seni yang mengalir dalam dirinya sememangnya diwarisi dari keluarganya.
Juga pernah berlakon di bawah arahan ayahnya, Gila-Gila Remaja pada tahun 1986, memegang watak budak nakal Azroy yang telah memberi impak besar untuk Faizal Hussein sehingga melonjakkan namanya.
Faizal menyatakan rasa syukurnya kerana kemenangan yang diterima pada malam FFM25. Dia masih diberi kepercayaan oleh Dain Iskandar Said walaupun ada pihak lain yang meminta agar wataknya digantikan dengan pelakon lain tambah Faizal lagi membongkar rahsia.
Tambahnya lagi di dalam Bunohan, dia melalui pengalaman dimana Dain Said sendiri memotong rambutnya, merasai berlakon di lubok buaya. Maka kemenangan malam ini adalah satu kepuasan baginya.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________
sumber

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.