Latest News

Trailer VIKINGS Terbitan KRU Studios Kini di Youtube


KRU Studios telah melancarkan treler filem yang dinanti-nantikan ramai berjudul “Vikingdom” arahan Yusry Abdul Halim di You Tube. Filem bergenre aksi, fantasi dan penggembaraan ini adalah filem Bahasa Inggeris buatan Malaysia untuk pasaran antarabangsa.

Dibintangi oleh Dominic Purcell (Prison Break, Killer Elite), Natassia Malthe (Dead or Alive, Elektra), Craig Fairbrass (Cliffhanger), Jon Foo (Tekken) dan Conan Stevens (The Hobbit), Vikingdom bakal memperkukuhkan lagi kedudukan KRU Studios diarena antarabangsa dan membuka laluan yang lebih besar bagi menembusi pasaran Amerika pada tahun ini.

VIKINGS
Ujar Norman Abdul Halim, selaku PPenerbit Eksekutif Vikingdom, “Idea untuk menerbitkan filem bertemakan sejarah dan mitos orang-orang Vikings ini telah diilhamkan seawal tahun 2008. Pihak kami tahu bahawa projek ini adalah terlalu besar bagi kami ketika itu dan kami perlukan masa untuk menyiapkan skrip, memperkukuhkan rangkaian perniagaan diperingkat antarabangsa, memperkasakan kemahiran didalam penghasilan kesan khas visual (CGI) serta mendalami pemahaman tentang pasaran filem diperingkat global.”
“Projek ini memberikan kami pengalaman berharga dan ini bukanlah penghujungnya, malah merupakan permulaan baru bagi KRU untuk meluaskan perniagaan diperingkat antarabangsa.”

VIKINGS
Vikingdom memakan masa selama 6 bulan bagi kerja-kerja pra-produksi, 2 bulan bagi produksi (penggambaran) dan 16 bulan bagi pasca produksi, khususnya bagi kerja-kerja kesan khas visual merangkumi lebih 3,000 syot. Kesemua kerja-kerja pra-produksi, produksi dan pasca produksi telah dijalankan di Malaysia, oleh hampir keseluruhannya warganegara Malaysia. Kebanyakan lokasi bagi penggambaran adalah di studio pentas bunyi disekitar Kuala Lumpur untuk menghasilkan dunia fantasi “surreal” sepertimana yang digambarkan didalam filem-filem seperti “Lord of The Rings” dan “300”.
“Vikingdom adalah filem aksi yang sarat dengan kesan khas visual dan 2 tahun dalam hidup saya didedikasikan bagi menyiapkan projek ini.” Tambah Norman ringkas .
Pada 26hb dan 27hb Mac 2013, Vikingdom akan ditayangkan di Los Angeles kepada para pengedar di Amerika Syarikat. Filem ini dijangka akan ditayangkan kepada awam pada Ogos 2013.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.