Latest News

Emma Maembong Akui Belajar Sehingga Tingkatan 2 Sahaja


Nampaknya status pembelajaran Emma Maembong menjadi topik hangat baru-baru ini. Malah Emma sendiri mengakui terkejut yang media mengetahui dirinya hanya setakat belajar sehingga ke tingkatan 2 sahaja. Emma juga tidak pernah menduduki peperiksaan SPM.
emma maembong

Berkata kepada BiPop hari ini, Emma Maembong menjelaskan yang dia tidak pergi ke sekolah dan belajar hanya di rumah. Kata Emma:-
Saya tak ke sekolah, sebaliknya hanya menghadiri home school, belajar di rumah. Saya mempunyai seorang adik lelaki yang tak boleh berjalan, jadi cikgu datang rumah, pada masa sama, boleh jaga adik. Tapi, saya mengaku, memang tak ambil SPM. Saya belajar melukis dengan ayah, jadi saya memang tak belajar tinggi. Saya nak jadi pelukis sama seperti ayah. Nak ikut jejak ayah.
emma maembong
Namun begitu, Emma berkata sekiranya ingin menyambung pelajaran, dia akan mengambil bidang lukisan untuk menyambung legasi ayahnya. Kata Emma:-
Saya juga tak menafikan saya hanya bersekolah sehingga di Tingkatan Dua sahaja. Sekarang saya dah ceburi bidang lakonan, tapi legasi ayah perlu diteruskan. Sekiranya saya nak sambung belajar ke peringkat tinggi, saya nak ambil bidang lukisan.
Mungkin Emma memang tidak dilahirkan untuk belajar tinggi tetapi itu bukannya satu penghalang untuk berjaya di dalam kehidupan. Kalau Emma fokus dengan apa yang dilakukan, mana tahu satu hari nanti akan betul-betul berjaya. Abang Nara tengok bakat Emma dalam bidang lukisan pun boleh tahan. Semoga satu hari nanti bakat tersebut dapat dikembangkan.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.