Ramai selebriti yang pernah kami temui menolak untuk ditemubual dalam memberikan pandangan mereka berkaitan PRU 13 pada kali ini. Ada yang berlapang dada dan tak kurang juga yang mencuka wajahnya apabila disoal tentang PRU13, apatahlagi dalam menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak.
Bagaimanapun tidak buat Sharifah Shahora apabila secara terangan mengakui menyokong penuh dengan kepimpinan kerajaan yang sedia ada.
“Besar harapan saya kepada pihak kerajaan sedia ada yang telah dicabar oleh pembangkang dengan pelbagai manifesto supaya apa juga kelemahan yang berlaku pada pemerintahan sekarang diharap dapat diperbaiki pada pemerintahan yang akan datang.”
“Walau apa juga keputusanya nanti saya tetap akan sokong kerajaan yang sedia ada.” Kata Shahora yang kami temui di Sidang Media Masterchef Selebriti 2
Tambahnya lagi kali ini Seperti mana 5 tahun yang lalu dia bakal mengundi di kawasan Hulu Klang, Bukit Antarabangsa sambil berharap calon yang bakal dipilih pengundi dikawasanya dapat melaksanakan amanah dengan baik
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment