Latest News

Memey Menangis Sebelum Berhijab – Norman Hakim


Menarik juga kisah penghijrahan Memey Suhaiza yang telah dikongsikan oleh suaminya, Norman Hakim menerusi portal Murai. Terharu Abang Nara membacanya. Memang betullah orang kata hidayah itu sampai tidak kira masa dan tempat.
memey suhaiza bertudung

Kata Norman:-
Sebenarnya sehari sebelum dia berhijab penuh pada hari sukan anak kami, dia ada bercerita yang dia ada terpanggil untuk berhijrah ketika dalam mimpinya. Dia sangat sayu dan sedih kerana hatinya terbuka untuk menerima hidayah daripadaNya. Lalu dia menangis. Sejak daripada itu dia memberitahu dia mahu terus berhijab. Saya gembira dan sejuk hati bila melihat dia manis bertudung.
norman memey
Yang menariknya, Abby Abadi turut sama memberikan dorongan kepada Memey untuk bertudung. Memang suci murni sungguh hubungan mereka. Makin terharu diri ini dibuatnya. Kata Norman lagi:-
Sebenarnya sebelum ini memang saya pernah menyatakan hasrat saya untuk melihatnya berhijab kerana ianya sebahagian daripada tanggungjawab isteri untuk menjaga aurat untuk suami. Namun saya tidak pernah memaksa dia untuk berubah serta merta. Tetapi saya gembira kerana dia tidak mengambil keputusan yang lama untuk berhijab penuh. Selain saya, Abby juga memang banyak memberi dorongan kepada Memey. Makin lama hatinya terbuka untuk berhijab tanpa paksaan
Semoga Memey akan terus kekal bertudung dengan cara yang sebegini di masa hadapan. Jangan terpengaruh dengan fesyen-fesyen tudung yang pelik. Memey sudah cukup cantik dengan gaya tudung sebegini. Sama-samalah kita doakan.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.