Latest News

Saya Tak Tahu Bagaimana Adegan Itu Boleh Dimuat Naik Dalam YouTube – Khabir Bhatia


Nampaknya hampir kesemua yang telah melihat video “deleted scene” filem Sembunyi Amukan Azazil yang memaparkan aksi malam pertama Remy Ishak dan Diana Danielle melahirkan rasa kecewa, malu dan sedih dengan adegan tersebut.
azazil

Menerusi Harian Metro hari ini, pengarah filem tersebut, Khabir Bhatia memaklumkan yang dia tidak tahu bagaimana adegan tersebut boleh dimuat naik ke dalam YouTube. Kata Khabir:-
Saya tidak tahu bagaimana adegan itu dimuat naik di dalam laman YouTube, tetapi ia mungkin boleh menjadi strategi pemasaran untuk filem ini. Tiada perbincangan antara saya dengan produksi Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) sebelum ini mengenai “trailer” adegan itu. Saya fikir ia keputusan produksi terbabit.
khabir bhatia
Menurut Khabir lagi, dia merakam adegan panas itu pada peringkat awal selepas melihat terdapat filem tempatan yang menyelit adegan sebegitu dan diluluskan untuk tayangan. Kata Khabir lagi:-
Apa yang saya ingin gambarkan dalam filem ini pada penonton bukan semata-mata merujuk elemen seksual. Sebaliknya menyampaikan cerita dalam konsep artistik.
Abang Nara tak berapa tahu sangat konsep artistik itu yang bagaimana. Orang kata, orang seni ini cara melihat sesuatu benda itu lain. Bagi Abang Nara, nak buat filem boleh tetapi kenalah hormat adat dan agama sesuatu tempat itu. Lebih-lebih lagi kalau pelakon itu sendiri beragama Islam. Tak gitu?

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.