Latest News

Tak Pernah Declare Tapi Saya Rasa Semua Orang Tahu – Aliff Aziz


Maafkan Abang Nara sekiranya anda muak dengan kisah cinta Aliff Aziz dan Adira ini. Menarik juga sebenarnya kisah mereka ini walaupun tewas di pertengahan jalan. Kedua-duanya tidak mahu mengaku bercinta tetapi gaya kemesraan memang nampak macam angau.
aliff aziz

Bagi Abang Nara, kalau dah tahap bagi hadiah cincin apa bagai, dah confirmlah bercinta. Takkan tak ada perasaan lagi kot? Membaca kata-kata Aliff Aziz ini membuatkan Abang Nara tersengih bak kerang busuk.
Kami tak pernah declare benda tu (bercinta) samada depan umum ataupun sesama kami. Tapi rasanya dengan beberapa gambar kami serta gambar cincin yang tersebar di internet, saya rasa orang semua tahu… Kalau orang kata, kami macam tu (bercinta), maka macam itu lah. Kalau orang kata, kami macam ini (tak bercinta), maka macam ini lah… “Apa yang saya boleh kata, kami sangat rapat satu ketika dulu. Tapi ada fakta-fakta yang timbul dan buatkan kami semakin jauh. Kami juga ada terdengar tentang baik buruk antara satu sama lain. Tapi disebabkan masing-masing sibuk dengan kerjaya, jadi kami tak sempat nak jumpa dan membincangkan hal itu.
aliff aziz
Yang bagusnya, walaupun sudah tiada ada apa-apa hubungan, Aliff Aziz mengakui yang dia tidak akan bermusuhan dengan Adira. Kata Aliff Aziz:-
Senang kata situasi kami selama ni, too much work, too little time. Tuhan memberi dugaan pada kami dengan halangan-halangan yang saya tak boleh nak beritahu di sini. Macam mana sekalipun, saya takkan bermusuh dengan dia
Baguslah macam itu. Semoga ini menjadi kali terakhir Aliff Aziz bercakap mengenai Adira. Abang Nara faham kekecewaan hati Aliff terpaksa melepaskan Adira yang putih melepak itu. Mesti terasa rugi yang amat. Namun percayalah, suatu hari nanti, pasti akan ada wanita yang lebih sesuai dengan anda. Silalah bersabar sehingga ke hari tersebut. Info asal MalaysianDigest.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.