Amboi. Makin tinggi nampaknya saham pemain bola sepak negara kita di kalangan selebriti-selebriti wanita tempatan.. Abang Nara memang dah lama suka dengan cara permainan Mahali Jasuli. Gandingannya dengan Wan Zack di bahagian kanan memang hebat.
Kata Mahali kepada Berita Minggu semalam:-
Kami pernah keluar pergi makan-makan dua tiga kali. Mula-mula kami pergi makan di Nandos, Shah Alam. Tasha bawa kawan-kawannya. Kemudian bila pergi makan malam di Pavilion, Kuala Lumpur, hanya kami berdua saja. Kalau tak silap pada awal Mac lalu.
Amboi nampak macam sudah ada bibit-bibit cinta gitu. Tasha Shilla turut mengakui selesa berkawan dengan Mahali Jasuli. Kata Tasha:-
Saya selesa berkaan dengan dia. Saya meminati dia sebagai pemain bola sepak, dan dia pula minat saya sebagai pelakon. Bila ada masa lapang, kami berhubung menerusi Whatsapp, panggilan telefon atau SMS. Kami sedang mengenali hati budi masing-masing. Dia seorang yang ramah mesra, mengambil berat, romantik, kelakar, sopan santun dan ada sifat pemalu.
Abang Nara pasti Mahali sekarang lebih bersemangat untuk memberi yang terbaik di dalam bola sepak apabila ada kawan seperti Tasha Shilla yang tidak putus-putus memberikan semangat. Kalau anda berdua bercinta pun ok jugak. Sama cantik sama padan. Cuma diharap Tasha Shilla tak ajak Mahali pergi clubbing. Tak gitu?
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment