Latest News

Usia Cecah 34 Tahun, Fahrin Ahmad Belum Jumpa Pasangan Serasi

Sudah agak berumur rupanya Fahrin Ahmad ini. Kalau tengok muka memang nampak muda lagi. Rupa-rupanya sudah mencecah usia 34 tahun. Pastinya soalan yang sering ditanya ketika umur ini ialah “kau bila lagi nak kahwin, umur pun dah makin lanjut“.
fahrin ahmad

Sedang popular menerusi drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi, Fahrin Ahmad memberitahu Berita Harian hari ini yang setiap kali menjalin hubungan, dia tidak akan menggunakan pendekatan yang serupa. Kata Fahrin:-
Setiap kali menjalinkan hubungan yang baru, saya sentiasa memastikan tidak akan mengulangi pendekatan sama. Sebaliknya saya akan mencari kelainan yang boleh membawa kebaikan kepada kedua-dua pihak. Nampaknya, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Saya menganggap semua ini sebagai ketentuan takdir. Jodoh saya nampaknya bukan bersama mereka.
fahrin ahmad
Fahrin Ahmad juga turut memberitahu yang dia kini berasa selesa dengan kehidupan solo sehingga tidak begitu risau untuk mencari pasangan hidup. Kata Fahrin:-
Sebab itu saya menyarankan sesiapa yang masih solo supaya segera berkahwin. Jangan tunggu sehingga usia 30-an baru hendak memikirkan soal berumah tangga. Apabila usia sudah semakin lanjut, kita mula rasa selesa dengan kedudukan kita sekarang, jadi keinginan untuk berkahwin pun terhakis. Bagaimanapun ia bukan bermaksud saya tidak mahu berkahwin. Hasrat memang ada, cuma belum bertemu pasangan serasi. Mungkin saya lebih sesuai dengan orang biasa, bukan dengan golongan selebriti.
fahrin ahmad
Tak sangka lelaki sekacak Fahrin Ahmad pun ada masalah mencari pasangan hidup. Susah jugak jadi kacak sangat nie kan? Hehehe. Apa pun Fahrin cubalah berkenalan dengan wanita biasa. Mana tahu ada jodoh di situ. Sama-samalah kita doakan.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.