Latest News

Zarul Umbrella, Kembali Popular Selepas ABPBH2012


Ramai yang jatuh cinta dengan kekacakan Zarul Umbrella selepas menonton persembahannya di ABPBH2012. Tidak dinafikan walaupun sudah berusia 40 tahun, Zarul sangat awet muda. Malah ada peminat yang secara bergurau menyatakan Zarul lebih kacak daripada Aaron Aziz.
zarul umbrella
Pernah menjual apam balik selepas tidak aktif menyanyi, Zarul Umbrella kini sedang berkhidmat sebagai pramugara di MAS. Walaupun kini namanya telah kembali popular, Zarul menyatakan yang dia akan terus bekerja di langit biru sambil memenuhi undangan nyanyian.
Selepas persembahannya yang memukau di ABPBH2012, Zarul telah kembali sibuk memenuhi undangan nyanyian, photoshoot dan tetamu rancangan televisyen. Untuk makluman, sebelum ini Zarul juga aktif berblogging dan dikenali dengan nama “The Singing Blogger”. Blog Zarul Umbrella boleh dilawati di www.zarulumbrella.com dan di dalamnya ada tips untuk kelihatan awet muda seperti dirinya.
zarul umbrella
Kalau ada awek di luar sana yang ingin mengorat Zarul, lupakanlah sahaja hasrat tersebut. Zarul sudah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak. Isterinya turut sama bekerja sebagai seorang pramugari. Kepada Zarul, teruskan usaha anda dan semoga berjaya di dalam dunia seni tanah air.
zarul umbrella
Jika anda peminat Zarul, anda boleh LIKE Facebook ZarulUmbrella, follow Twitter ZarulUmbrella dan follow Instagram ZarulUmbrella.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________
sumber

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.