Latest News

Anuar Zain Mohon Maaf Pada Safiq Rahim Kerana Berpeluk Dengan Zandra


Aksi mesra yang ditunjukkan oleh Anuar Zain dan Zandra Aziela yang merupakan pemain bowling negara telah menimbulkan kontroversi kebelakangan ini. Gambar yang telah dikongsi oleh Zandra menerusi Instagramnya telah pun dibuang tidak berapa lama selepas itu.
zandra aziela safiq rahim
Ada ura-ura menyatakan kekasih Zandra iaitu Safiq Rahim berang dengan aksi yang ditunjukkan di dalam gambar tersebut. Kalau Abang Nara pun geram juga tengok awek kena peluk ngan Anuar Zain. Tercabar juga kelakian ini. Namun Anuar Zain telah pun memohon maaf kepada Safiq Rahim atas perbuatannya itu.
Saya terkejut apabila foto itu menjadi hangat diperkatakan untuk beberapa hari sedangkan saya dan Zaza (Zandra) tidak ada apa-apa hubungan pun. Foto itu diambil selepas kami terserempak antara satu sama lain selepas beberapa tahun tidak berjumpa, dan terus teruja untuk bergambar. Bagaimanapun saya memohon maaf sekiranya teman lelaki Zaza terasa dengan foto tersebut. Jujurnya, saya tidak ada niat apa-apa pun
Pastinya hubungan Anuar Zain dan Zandra tidak lebih daripada seorang abang kepada seorang adik. Jadi kepada Safiq Rahim, janganlah cemburu. Terimalah permohonan maaf Anuar Zain ini. Kalau nak best lagi, mungkin boleh minta Anuar Zain nyanyikan sebuah lagu sebagai tanda permohonan maaf. Hehehe. Info asal Mstar Online.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.