Latest News

Apa Yang Saya Katakan Adalah Mengikut Fakta – Norman KRU


Selepas dikecam hebat oleh orang ramai berkenaan kenyataannya “Kalau PAS Berkuasa, Industri Filem & Muzik Kita Akan Hancur“, Norman KRU tampil menerusi Harian Metro untuk menjelaskan maksud sebenar kata-katanya itu.
norman kru
Menurut Norman KRU, segala yang diberitahu adalah fakta dan sebagai pemerhati. Kata Norman:-
Apa yang saya katakan adalah mengikut fakta dan sebagai pemerhati. Merujuk apa yang berlaku di Kelantan, pawagam dan konsert diharamkan, tetapi mereka adalah jumlah penghidap HIV tertinggi di negara ini. Situasi ini sebenarnya boleh menjejaskan ekonomi negara berbanding manifesto Barisan Nasional (BN) ada menyebut pembelaan pada industri seni dan kreatif. Apa yang dibimbangkan, kawal seliaan dari aspek tapisan filem pastinya mewujudkan lebih banyak tentangan sehingga memberi kesan pada pelaburan. Pinjaman bank kepada penggiat seni mungkin dihapuskan jika muzik dan filem dianggap komoditi diharamkan
norman kru
Itu adalah pendapat peribadi Norman KRU di dalam hal ini. Mungkin Norman lebih arif kerana dia sudah lama berkecimpung di dalam dunia hiburan. Abang Nara malas nak komen lebih kang tak pasal-pasal orang anggap Abang Nara ini pro kepada parti-parti tertentu. Bagi Abang Nara, undilah mana-mana yang anda suka dan yang dapat menjaga kepentingan rakyat secara menyeluruh.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.