Latest News

Cukup-Cukuplah Aibkan Keluarga – Pesan Zed Zaidi Kepada Afiq Muiz


Akhirnya yang ditunggu-tunggu telah tiba jua. Abang Nara daripada hari itu menunggu kenyataan daripada Presiden SENIMAN mengenai kontroversi yang melanda Afiq Muiz dan ibunya. Hari ini, menerusi Media Hiburan, Zed Zaidi memberikan nasihat yang cukup bernas kepada Afiq.
zed zaidi

Kata Zed Zaidi:-
Afiq kena sedar, biarpun ini melibatkan hal keluarga, sebenarnya secara tidak langsung ia melibatkan imej artis juga. Cukup-cukuplah aibkan keluarga, buka pekung keluarga kerana keluarga ini sebenarnya adalah maruah kita. Seburuk-buruk mana pun ibu kita, kita perlu pertahankan dia dan Afiq sebagai seorang anak sebenarnya patut berjumpa ibunya ketika pertama kali artikel mengenai dirinya dikeluarkan. Bukannya membuat sidang media dan ‘menyerang’ ibunya semula. Satu saja pesan saya, wanita yang bergelar ibu, hanya ada satu, tiada galang ganti. Tetapi perempuan, ramai di luar sana, hilang satu, pasti ada gantinya
afiq muiz
Mantap gila nasihat Zed Zaidi kepada Afiq Muiz. Memang terserlah jati diri seorang pemimpin. Diharap Zed Zaidi dapat membuat inisiatif mengaturkan pertemuan antara Afiq dan ibunya. Biar mereka berdua berjumpa dan bermaaf-maafan antara satu sama lain. Kalau langkah ini dibuat, memang makin bertambah respek Abang Nara kepada Zed Zaidi.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.