Latest News

Fouziah Gous Tunang Sabtu Ini, Kahwin September 2013

Jutaan tahniah diucapkan kepada Fouziah Gous kerana bakal bertunang pada Sabtu ini. Bakal tunang Fouziah Gous ialah Md Zhafran Md Yusof yang merupakan pemilik syarikat keselamatan Arrow Guard dan seorang perunding kewangan. Mereka berdua hanya bertunang untuk 3 bulan dan akan berkahwin pada bulan September ini.
gambar tunang fouziah gous tunang

Kedua-duanya memang sama cantik sama padan. Daripada apa yang ditulis di Instagram Fouziah Gous, Md Zhafran telah pun melamar Fouziah Gous ketika menaiki kapal terbang pada 25 Mei lalu. Romantik bukan? Abang Nara suka mendengar kata-kata Fouziah Gous menerusi Berita Harian hari ini:-
Zhaf kenal perangai saya. Dia tahu saya jenis yang tidak suka membuang masa ketika bercinta. Saya lebih percaya kepada percintaan selepas berkahwin, disebabkan itu, dia melamar walaupun baru beberapa bulan kami bercinta.
gambar tunang fouziah gous tunang

Bercinta selepas berkahwin sememangnya digalakkan dan lebih manis. Semoga persiapan Fouziah Gous dan Md Zhafran untuk hari bahagia mereka akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Apa pun, tahniah buat Fouziah Gous atas berita gembira ini.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.