Latest News

Izara Aishah Hilang Kerana Merajuk?


Perihal artis remaja ini banyak juga yang kami terima, terutama sikapnya kini yang didakwa sudah semakin meninggi diri disamping menghadapi masalah melayan peminat yang selama ini banyak menyokong kerjaya seninya.

Izara Aishah
Izara Aishah juga khabarnya kini semakin menyepikan diri dari industri kerana dikatakan kecewa dengan pelbagai tomahan yang dilemparkan kepadanya sejak kebelakangan ini sehingga menimbulkan pertanyaan banyak pihak kemana hilangnya Izara kerana sudah lama wajah manisnya ini jarang kelihatan di dalam drama tempatan mahupun didada Akhbar.
“Kalau nak kata yang Izara merajuk sampai dah tak nak berlakon tu memang tidaklah. Izara ada je muncul dalam drama-drama tempatan, tapi banyak ditayangkan di Astro. Lagipun sekarang Izara sibuk dengn pengambaran filem & drama sampai keluarga pun merajuk dengan Izara sebab jarang ada di rumah”

Izara Aishah
“Berkenaan ada yang mengatakan Izara ni dah semakin sombong dan besar kepala pula Izara pun tak tahu nak cakap macam mana lagi. Rasanya semua artis akan mengalami tuduhan yang seperti ini. Bila ada yang kata Izara macam tu memang kecil hati dan rasanya tidak adil nak kata Izara macam tu”
Izara yang kami temui di Petaling Jaya baru baru baru ini hadir berasingan bersama teman lelakinya di majlis tayangan perdana filem Bikers Kental bagaimanapun berterusan mendiamkan diri apabila ditanya tentang hal kekasihnya itu.
“Cukuplah sekadar mengelarkan dia sebagai ‘Kekasih Izara Aishah’ tidak perlu Izara bagi tahu nama penuh mahupun gelaran dia, belum masanya lagi Izara dedahkan sepenuhnya.” Jelas Izara Aishah

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.