Latest News

Nurul Wahab Turut Sama Beri Nasihat Kepada Afiq Muiz


Nampaknya kontroversi yang terjadi di antara Afiq Muiz dan ibunya mendapat perhatian banyak pihak. Bukan sahaja pembaca BeautifulNara yang memberikan ratusan komen, malah pelakon Nurul Wahab turut sama memberikan sedikit nasihat kepada Afiq Muiz menerusi laman blognya.
nurul wahab

Dengan tajuk entri “Si Tanggang Moden?! Hmm.. Entahlah..“, Abang Nara tertarik dengan tulisan Nurul Wahab yang nampak matang. Mungkin statusnya sebagai ibu membuatkan Nurul lebih memahami isi hati perasaan ibu Afiq Muiz. Antara kata-kata Nurul Wahab ialah:-
Sebagai anak, sekalipun ibu meminta wang berjuta sekalipun, jika kamu mampu, berikan sahaja kepadanya. Fikirkan bagaimana susahnya dia mencari wang menyara persekolahan kita dulu. Tak salahkan jika kita pulangkan semua segala jasa-jasa baik ibu? Aku faham, bila dah jadi artis ni, keluarga selalunya memandang kita sentiasa berwang. Adakala ianya merunsingkan. Aku dah melaluinya, aku tahu. Mungkin Afiq juga begitu sehingga dia naik rimas dan dengan tak sengajanya menjauhkan diri dari ibunya sehingga ibunya bersangka yang bukan-bukan. Ibu mana tak risau bila anaknya tidak menghubunginya.. Ibu mana pula tak sayangkan anaknya… Sebab itulah adanya risau serta bimbang di hatinya. Semuanya kerana kasih sayangnya… Tak wajar ditolak ibu sedemikian..
nurul wahab
Malah Nurul turut sama memberikan nasihat agar perkara yang berkaitan keluarga tidak dimasukkan ke dalam media. Selaku seorang senior, sudah tentu Nurul memahami impak negatif jika perkara ini tersebar menerusi media massa.
Untuk keduanya, nasihat aku, hal peribadi yang sebegini jangan dijadikan mainan media. Bagi kami yang dah lama di dalam industry, kami faham. Begitu juga dengan wartawan. Mereka faham akan sesuatu situasi yang berlaku, kerana mereka juga manusia. Tetapi ianya adalah tanggungjawab kerja mereka untuk mendapatkan berita serta semuanya di atas arahan orang atas atau bos mereka. Semua mereka perlukan bahan. Bila perkara begini berlaku, ianya amat pantas merebak. Itulah kuasanya media.
Ada benarnya kata Nurul Wahab ini. Semoga Afiq Muiz dapat membaca nasihat yang diberikan oleh seniornya ini. Ambil yang mana elok untuk dijadikan pedoman. Ingatlah walau sehebat mana pun anda, anda tetap seorang anak kepada ibu anda. Untuk membaca kata-kata nasihat Nurul Wahab sepenuhnya, sila ke laman blog Nurul Wahab.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.