Latest News

S Itu Untuk Saleha, Bukan Datuk S – Rita Rudaini

Susah juga menjadi wanita “hot” seperti Rita Rudaini ini. Asal buat sesuatu sahaja, pasti ada kontroversi yang menjelma. Terbaru, Rita telah melancarkan produk kecantikannya yang diberi nama RS Collagen. Terus timbul gosip bahawa huruf “S” itu adalah pangkal nama buat seorang Datuk yang menajanya.
rita rudaini

Berkata kepada Utusan Malaysia, Rita Rudaini menerangkan yang huruf “S” itu adalah singkatan buat rakan kongsinya, Saleha. Kata Rita:-
Sebenarnya, nama RS Collagen itu adalah gabungan nama saya, Rita dan Saleha. Bukan nama pangkal Datuk S. Saya dan Saleha merupakan rakan niaga untuk produk ini dan kami fikir, tidak salahnya jika kami mencantumkan nama untuk produk kami.
rs collagen
Abang Nara sebenarnya suka apabila artis-artis tempatan mula menceburi bidang perniagaan. Itu satu langkah yang amat baik. Iyerlah, nak diharapkan sumber rezeki daripada lakonan sahaja, sampai bila akan bertahan kan? Abang Nara suka dengan semangat Rita yang tidak ambil peduli dengan gosip murahan sebegini.
Mungkin sebab status saya kini yang menyebabkan timbul pelbagai cerita yang kurang enak. Apatah lagi dengan keadaan saya sekarang, tiba-tiba mengeluarkan produk kecantikan terus dikaitkan dengan lelaki berpangkat Datuk. Biarlah apa orang hendak kata tentang saya kerana yang penting, tumpuan saya kini kepada kerjaya dan serta perniagaan saya yang semakin mendapat sambutan.

Kepada Rita, semoga RS Collagen akan mendapat sambutan yang hangat di masa depan. Teruskan berniaga. Jangan cepat putus asa. Mana tahu memang rezeki Rita ada dalam bidang ini. Good luck and all the best.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.