Latest News

Sharnaaz Ahmad Bakal Ambil Tindakan Mahkamah

“Tanpa teragak – agak saya akan mengambil tindakan mahkamah terus selepas ini jika ada lagi pihak tertentu yang cuba mengfitnah saya dalam apa jua keadaan.”

Sharnaaz Ahmad
“Saya dah tak nak maki-maki lagi dekat Twitter mahupun Facebook. Jadi saya harap sebelum nak keluarkan sesuatu cerita berkenaan saya, baik siasat dulu kebenaranya”
Kata kata ini bukanlah berbentuk gurauan, sebaliknya satu bentuk amaran yang dimaksudkan secara serius oleh pelakon ini. Sharnaz yang kami temui di Restoran Rebung, Bangsar memberi peringatan tersebut kepada individu individu yang sentiasa mengeluarkan cerita yang berbentuk fitnah keatasnya sehingga masyarakat memberi pandangan yang buruk terhadap dirinya .

Sharnaaz Ahmad Elfaeza Ul Haq
Ini termasuklah dakwaan yang mengatakan dia kini sudah menemui cinta baru bersama pelakon yang berasal dari Singapura iaitu Elfaeza Ul Haq. Kontroversi perhubungan ini tercetus apabila Elfaeza dan Sharnaaz Ahmad kini diuruskan oleh pihak pengurusan yang sama sejak sebulan yang lalu disamping bakal bergandingan didalam sebuah drama berjudul ‘Mukhlis’ yang akan ditayangkan di RTM. Mengulas lanjut, Sharnaaz nyata terkejut dengan hal tersebut

Sharnaaz Ahmad & Elfaeza Ul Haq

“Sebenarnya tidak ada apa-apa hubungan pun diantara saya dengan Elfaezah, hubungan kami lebih kepada rakan sekerja. Saya pun tak tahu macam mana cerita ini boleh timbul dan kenapa kami dikaitkan. Lagipun buat masa sekarang saya tidak memikirkan sangat soal cinta kerana bagi saya kerja perlu di beri fokus yang lebih utama ” Jelasnya yang tergesa gesa mahu bergegas ke lokasi pengambaran.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.