Latest News

Dapatkan Tiket Running Man Anda Esok!

Running Man
Semua sedia maklum bahawa selebriti program gameshow popular, Running Man akan datang ke Malaysia pada 7 September 2013 dan sehubungan dengan itu, ini ada berita baik untuk anda semua.
Bermula 20 Julai ini, tiket Race Start! In Malaysia Running Man Fan Meeting Asia Tour 2013 akan mula dijual kepada umum dan penjualan tiket akan diadakan di Tingkat 15, Star Stage, KWC Fashion Mall atau Kenanga Wholesale City, Kuala Lumpur bermula jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang.
Tiket-tiket akan dijual dengan harga : Premium Zone RM 689, VIP Zone RM469, Purple Zone RM369, Yellow Zone RM269, serta pink Zone RM169.
Dalam pada itu, tiket-tiket juga boleh ditempah melalui talian TicketCharge bermula 21 Julai 2013.
Running Man EP153 Official Pic 01
Episode terbaru Running Man
Running Man EP153 Official Pic 16
Running  Man bersama pemain bola, Park Ji Sung & Evra

Secara umumnya ini merupakan kali pertama program Running Man diadakan di Malaysia dan hanya empat selebriti popular mereka sahaja dijangka akan hadir. Mereka adalah terdiri daripada Kim Jong Kook, Ha Ha, Gary dan Suk Jin.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.