Latest News

Dato’ Siti Perabih RM200K Untuk Album

FOTO OLEH : FARISH AYUB
RM200,000 dilaburkan untuk sebuah album pada masa ini bukanlah satu tindakan yang bijak melainkan keuntungan itu bukanlah satu matlamat utama buat pihak yang melabur. Hanya mempertaruhkan ‘jenama’ Dato’ Siti Nurhaliza, maka pihak Universal Music sanggup memperjudikan wang taruhan sebanyak itu kedalam pasaran yang sememangnya dingin terhadap album Melayu.

Dato Siti Nurhaliza
Sama ada mekar mahupun layu sambutan album yang mengandungi 10 buah lagu ini akan dapat dinilai pada hujung tahun ini apabila album usahasama diantara Dato Siti Nurhaliza & Universal Music bakal dipasarkan secara rasmi.
“Kami yakin boleh mendapat pulangan bagi pelaburan yang bernilai tinggi dalam album terbaru ini. Bagi kami tidak menjadi masalah jika pelaburan itu dipertaruhkan kepada aset negara seperti Dato Siti Nurhaliza. Lagipun untuk menghasilkan 10 buah lagu yang berkualiti seperti ini modal bukan menjadi masalah utama.”
Bagi Dato Siti Nurhaliza pula amat optimis album ini bolehlah ditafsirkan diantara yang terbaik pernah dihasilkanya apatahlagi dikhabarkan mendapat sentuhan pemuzik dari luar negara.
“Insyallah Siti yakin album usahasama dengan pihak Universal Music ini merupakan diantara projek terbaik yang pernah Siti hasilkan sepanjang kerjaya Siti. Disebabkan itu pemilihan lagu amat ketat dan berhati-hati supaya lagu yang terdapat didalam album ini nanti mampu menjadi hit dan boleh diterima pendengar.”

“Siti juga ada mendapatkan khidmat Charly dari band ST12 dan seorang lagi komposer Indonesia. Dengan pelaburan RM200,000 sudah pastilah mengharapkan pulangan yang baik terutamnya kepada peminat, Diharap ianya sesuai dengan selera peminat dan mampu merancakkan kembali penjualan album tempatan” Tambah Dato Siti yang kami temui di Restoran Warisan Dataran Merdeka.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.