Latest News

Perubahan Hattan Buat Hati Arianie Terbuka Semula

Menarik juga kisah perkahwinan kali kedua Hattan dan Arianie ini. Memang boleh dijadikan pengajaran buat kita semua. Untuk makluman, mereka berdua telah bercerai talak satu pada 10 Mac 2005 selepas berkahwin pada 17 Disember 1996. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Eiman.
hattan dan arianie
Perkahwinan kali kedua selepas 9 tahun ini telah berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya pada 24 Julai bersamaan 15 Ramadhan lalu. Arianie mengakui pernah mengenali lelaki lain malah sempat bertunang sebelum jodohnya kembali pada Hattan. Kata Arianie:-
Kita tidak tahu apa yang akan berlaku dalam hidup. Apatah lagi apabila berbicara soal jodoh, ia ketentuanNya. Bayangkan saya sudah bertunang tetapi putus.
Disebabkan itu apabila Hattan kembali melamar, saya menerima dengan hati terbuka dan menganggap sudah tertulis memang kami akan hidup bersama. Cuma doa saya, kali ini biarlah hingga ke akhir hayat.
hattan dan arianie
Arianie turut sama berkongsi sedikit cerita mengenai perkahwinan pertamanya dengan Hattan. Ini memang sangat menarik untuk kita baca dan jadikan pengajaran terutama untuk mereka yang baru berkahwin. Kata Arianie:-
Dulu Hattan seorang yang baran. Sewaktu berpisah, lafaz cerai dibuat dalam keadaan marah. Namun perkara sudah berlaku. Memang dia minta rujuk balik waktu itu tetapi hati sudah terluka.
Kami kemudian cuba membawa haluan masing-masing. Begitupun hubungan antara kami tidak pernah putus, apatah lagi Adam menjadi pengikat kasih antara kami.
Terus terang saya katakan, sepanjang tempoh kami berpisah, saya tidak ambil tahu langsung hal berkaitan peribadi suami. Mengapa saya mesti ambil tahu, sedangkan kami punya hidup masing-masing waktu itu. Saya meneruskan hidup tanpa mahu memikirkan hal lain.
hattan dan arianie
Tambah Arianie lagi, Hattan turut menghubunginya ketika bekas suaminya itu membuat keputusan untuk bercerai dengan Noorfarashikin. Kata Arianie:-
Saya masih ingat perkara itu. Sewaktu dia mahu bernikah, saya ucapkan tahniah. Bagaimanapun ketika saya bertugas di Buenos Aires, Argentina, suami menghubungi menerusi khidmat pesanan ringkas dan memberitahu mahu bercerai
Saya katakannya kepadanya jangan terburu-buru, lagipun kami tidak berbual panjang dan hanya berhubung menerusi SMS. Esoknya saya mendapat balasan SMS daripadanya yang tertulis “saya sudah bercerai”.
hattan dan arianie
Untuk anda yang tidak tahu, Arianie merupakan seorang pramugari dan model sambilan. Paling Abang Nara suka ialah apabila Arianie menceritakan bagaimana perubahan sikap Hattan telah membuka kembali hatinya. Kata Arianie:-
Usaha dan perubahan sikap ditunjukkan juga membuat saya yakin untuk kembali hidup bersama Hattan. Apatah lagi ikatan kedua ini membuatkan hidup saya kembali sempurna sebagai isteri dan ibu.
Saya akui sebelum ini saya juga tidak sempurna. Namun perpisahan mematangkan kami untuk menjadi lebih sempurna.
Mengambil contoh, andai dulu sudah hendak tengok suami bersolat, tetapi sekarang memang susah untuk lihat dia meninggalkan solat. Perkara seperti itu yang membuatkan hati saya kuat untuk kembali hidup bersamanya.

Jadi kepada anda di luar sana yang pernah mengalami penceraian di dalam perkahwinan anda, berilah peluang kepada bekas pasangan anda untuk berubah. Mana tahu, memang sudah tertulis jodoh anda adalah si dia. Jangan tutup pintu hati anda selama-lamanya. Buat Hattan dan Arianie, semoga percintaan anda kekal sehingga ke syurga.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.