Latest News

Saya Teringin Merasai Pengalaman Puasa Di Perantauan – Nabila Huda

Untuk anda yang tidak tahu, Nabila Huda sekarang ini sedang berada di New Zealand untuk penggambaran drama Jodoh Itu Milik Kita. Walaupun Ramadhan sudah bermula, Nabila tidak akan pulang sehingga tamat minggu pertama puasa. Rupa-rupanya Nabila memang mahu merasai sendiri pengalaman berpuasa di negara orang.
nabila huda
Teringat kenangan Abang Nara puasa di Korea ketika masa belajar dulu. Tak berapa best sebenarnya. Tak ada pasar Ramadhan. Lauk berbuka kena masak sendiri. Cuma yang best sebab masa musim sejuk jadi cepat sikit berbuka. Namun Abang Nara kesian juga kepada anak Nabila Huda yang ditinggalkan seorang diri ketika bulan puasa ini. Kata Nabila:-
Saya berada di New Zealand selama dua minggu, dengan tujuh hari daripadanya adalah pada bulan puasa. Memang saya sengaja menerima tawaran ini, walaupun tahu ia jatuh pada bulan puasa, kerana peluang menjejakkan kaki ke negara orang memang amat saya nantikan.
Lagipun saya teringin merasai sendiri pengalaman berpuasa di perantauan. Cuma yang tidak seronoknya apabila terpaksa berpisah dengan anak (Kheisya Laila, 3 tahun). Hanya Tuhan yang tahu betapa seksanya apabila berjauhan daripada anak, tetapi saya perlu kuat supaya dapat membesarkannya dengan sempurna.
nabila huda

New Zealand sekarang sedang musim sejuk. Jadi seronoklah berpuasa di sana. Tak terasa panasnya. Selepas ini dengarnya pada hari raya kelima Nabila akan terbang ke Itali pula. Memang murah rezeki Nabila sekarang ini. Semoga akan terus diperbanyakkan rezeki dan dipermudahkan urusan buat wanita ini. Sama-samalah kita doakan.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.