Latest News

Saya Masih Wujud – Farawahida

Hal peribadi yang sering dijulang peminat dan pengamal media tempatan terhadap penyanyi kelahiran Taiping, Perak ini nyata menenggelamkan statusnya sebagai seorang penyanyi.

Farahwahida
Walaupun sudah hampir 8 tahun bergelumang dalam bidang nyanyian namun tidak kurang hanya 2 buah lagu sahaja yang benar-benar mampu memartabatkan dirinya sebagai seorang penyanyi.
Jika tidak kisah cinta pasti kisah bila mahu berkahwin akan sentiasa berlegar dalam media tempatan yang semakin hari semakin naif dalam juadah penceritaan mereka. Justeru itu ada yang beranggapan Farawahida sudahpun angkat kaki dek kerana kecewa dengan tuahnya dalam bidang ini. Perkara tersebut dihujahkan dengan tanggapan bahawa dia sudah tidak ada lagi menerima tawaran nyanyian.

Farahwahida
“Tidak benar jika ada yang mengatakan saya sudah tidak bernyanyi lagi, masih ada tawaran yang diterima dan saya juga masih lagi wujud dalam industri ini. Kalau ada yang mengatakan saya sudah berhenti akibat kecewa itu berita yang tidak benar sama sekali.”

“Karier saya macam biasa saja, lagipun saya sekarang tengah mengumpul material untuk lagu terbaru. Jadi sesiapa diluar sana terutamanya bakat baru yang mempunyai lirik yang bagus boleh hantar kepada saya” Ujar Farawahida ringkas ketika ditemui di PWTC
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.