Latest News

Mula Mengenali Hati Budi Nedim – Nora Danish

Mengambil kira pada pengalaman hidupnya sebelum ini membuatkan Nora Danish lebih berhati hati apabila berbicara soal hati. Tidak mahu mengiyakan tapi tidak juga melenting apabila dia dikatakan mempunyai kekasih hati bernama Nedim Aziz anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.

Nora Danis & Nedim Aziz, Lagenda Budak Hostel
Bagi Nora yang kami temui sewaktu tayangan perdana Lagenda Budak Hostel baru baru ini menjelaskan dia hanya menyerahkan kepada takdir tentang jodoh yang akan hadir dalam hidupnya selepas ini.
“Bagi Nora tak nak komen apa-apa tentang hubungan dengan Nedim, takut nanti kalau Nora cakap lebih-lebih tak jadi pula. Kalau peminat nak cakap yang kami bercinta itu hak diorang dab Nora tak kisah, cuma apa yang Nora boleh cakap sekarang ialah hubungan kami sudah melangkah setapak lagi. Kalau dulu kami hanya kawan rapat, kini kami sudah mula cuba untuk mengenali hati budi masing-maisng”

Nora Danis & Nedim Aziz, Lagenda Budak Hostel
“Seperti kenyataan Nora sebelum ini, Nedim seorang lelaki yang baik & memahami, kami juga banyak berkongsi masalah bersama. Untuk memikirkan soal kahwin tu belum lagi”

Nora juga turut ditanya tentang isu hangat masa kini yang melibatkan Ady Putra bagaimanapun mengambil sikap tidak mahu memberi apa-apa komen tentang hal tersebut namun menyatakan ada menghantar pesanan SMS kepada Ady Putra dan juga isterinya sebagai tanda sokongan diatas musibah yang melanda mereka pada waktu ini.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.