Latest News

(TAHNIAH)Kuza Kini Bertudung Sejak Bulan Puasa Lalu

Alhamdulillah. Pelakon Kuza atau nama sebenarnya Tengku Sariza Tengku Muzani telah pun memakai tudung sepenuhnya pada usia 40 tahun. Penghijrahan ini berlaku sejak hari pertama bulan Ramadhan yang lalu. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Kuza atas perubahan ini.
kuza bertudung
Kata Kuza kepada portal Murai:-
Saya mula berhijab ketika masuk bulan Ramadhan yang lepas. Niat saya tiada lain hanya kerana Allah SWT kerana bagi saya, sudah sampai masanya dan saya telah bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan tuntutan agama ini.
Saya tak mahu ada yang ingat kerana fesyen dan trend sekarang sebab saya berhijrah. Sudah lama saya memasang niat, cuma mencari kekuatan diri dan cukup bersedia dan InsyaAllahsaya akan kekal dengan imej begini.
Lagipun umur saya sudah memasuki 40 tahun. Sesuai kiranya saya mendekatkan diri kepada Allah. Alhamdulillah, sampai saat ini Allah mempermudahkan urusan saya seharian dan tenang menjalani kehidupan dalam imej baru ini.
Saya mulakan dulu dengan melengkapkan solat lima waktu sebagai penguat saya untuk berhijrah. Syukurlah, tiada rasa macam cemburu tengok orang lain dengan pelbagai fesyen rambut. Saya sangat selesa dengan tudung yang saya pakai.
kuza bertudung
Bagus sangat Kuza nie. Ayatnya nampak cukup merendah diri. Yang penting kita berubah walaupun agak lambat. Abang Nara suka tengok gaya tudung Kuza. Tak ada lebih-lebih berfesyen. Kuza pun nampak lebih manis dan berseri-seri. Semoga Kuza terus istiqamah dalam hal ini di masa hadapan. Sama-sama kita doakan.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.