Latest News

David Teo Adalah Seseorang Yang Sangat Memahami – Intan Ladyana

Ada sesetengah pihak yang menyalahkan David Teo di dalam kontroversi perkahwinan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal baru-baru ini. Malah alasan yang diberikan oleh pasangan ini untuk berkahwin secara sorok-sorok ialah kerana kontrak MIG yang menghalang artisnya bercinta. Agak pelik juga kerana banyak artis MIG seperti Diana Amir, Farid Kamil dan Intan Ladyana yang secara umumnya diketahui kisah percintaan mereka.
intan ladyanaHari ini menerusi Berita Harian, Intan Ladyana memaklumkan bahawa boss MIG, David Teo ialah seseorang yang sangat memahami. Abang Nara yakin anda pasti tahu yang Intan Ladyana dan Kamal Adli sudah begitu lama bercinta. Kata Intan Ladyana:-
Sewaktu kami mula bercinta, memanglah rasa bimbang dengan reaksi pihak pengurusan. Namun, saya mengambil langkah untuk berterus-terang. Berlaku jujurlah dengan mereka, duduk berbincang elok-elok dan ceritakan situasi sebenar. David adalah seseorang yang sangat memahami.
Apa yang penting bagi mereka, kita kena beritahu supaya tidak timbul perkara berbangkit kemudian hari. Iyalah, perkara seperti ini bukannya boleh dibuat main-main kerana turut membabitkan pihak ketiga seperti produk yang melantik kita sebagai duta. Tak mahulah nanti perancangan yang sudah diatur musnah kerana sikap kita
inta ladyana
Intan Ladyana juga sempat memberikan nasihat kepada mana-mana artis yang menandatangan kontrak dengan mana-mana syarikat. Menurut Intan, kontrak perlu dibaca dengan sedalamnya sebelum ditandatangani. Kata Intan:-
Apa yang berlaku sebenarnya atas sebab salah faham terhadap kontrak yang ditandatangani. Mereka tidak faham kontrak yang menghalang artis daripada bercinta itu sebenarnya mempunyai pengertian yang lebih daripada itu.
Ia bukannya sekadar melarang mereka bercinta. Pihak pengurusan berbuat demikian kerana mahu menjaga reputasi artis itu sendiri. Mereka tidak mahu nama artis tercalar disebabkan terlalu banyak kisah cinta dipaparkan. Contohnya, jika berlaku cinta lokasi.
Sebagai artis yang pernah melalui situasi sedemikian, nasihat saya kita kenalah faham betul-betul maksud kontrak itu. Kalau tak faham, tanya. Pihak pengurusan pun kenalah beri penerangan dengan jelas supaya tidak berlaku kekeliruan.
Ada betulnya juga kata-kata Intan Ladyana ini. Kalau tak faham, kenalah tanya. Tak tanya dan buat keputusan sendiri memang akan menyukarkan semua pihak. Sekurang-kurangnya kalau tahu status anda yang sedang hangat bercinta, pihak pengurusan boleh buat apa yang patut untuk membantu daripada segi persiapan perkahwinan dan sebagainya. Apa pula kata anda?
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.