Latest News

Kontrak MIG Mengarut – Zed Zaidi

Maafkan Abang Nara kerana masih bercerita mengenai Wawa Zainal dan Aeril Zafrel. Abang Nara bolehlah kiranya minggu ini kita namakan “minggu Wawa dan Aeril“. Memang cerita diorang je yang keluar kat BeautifulNara ini. Seperti yang anda ketahui, mereka berdua berkahwin secara rahsia kerana takutkan David Teo dan kontrak MIG yang melara ng artisnya bercinta atau berkahwin.
zed zaidiApabila ditanyakan pendapatnya mengenai perkara ini, Presiden SENIMAN iaitu Zed Zaidi menyifatkan kontrak MIG sebagai mengarut dan tak munasabah. Kata Zed Zaidi:-
Kontrak itu mengarut. Siapa mereka (MIG Production) untuk tidak membenarkan orang lain bercinta dan berkahwin, sedangkan itu fitrah Tuhan.
Dari dulu lagi saya memandang syarat produksi itu mengarut kerana siapa kita untuk menghalang perasaan orang lain (bercinta dan berkahwin)? Kontrak itu tidak munasabah dan perlu dimansuhkan kerana adalah tidak wajar mencampur-aduk antara kerjaya dan peribadi.
Kami (SENIMAN) tidak teragak-agak memanjangkan perkara ini kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan Lembaga Buruh Malaysia (LBM).
Kalau itu (bercinta dan berkahwin) pun mahu ditetapkan MIG, kenapa tidak adakan syarat setiap artis naungan mereka juga dihalang berjumpa keluarga masing-masing?
david teo

Dikhabarkan bahawa David Teo dan Zed Zaidi akan berjumpa dalam masa terdekat ini untuk membincangkan isu ini. Mungkin untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku di masa hadapan, kontrak MIG turut sama perlu dirombak serba sedikit untuk memberi kelonggaran kepada artis naungannya. Apa pun, semoga jalan penyelesaian dapat dicari untuk kebaikan semua pihak.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.