Latest News

Yus Jambu Bakal Berkahwin Hujung Tahun 2014

Untunglah bakal isteri Yus Jambu. Pasti kehidupannya akan dipenuhi gelak tawa dan keceriaan. Abang Nara dari dulu lagi memang suka dengan lawak si Yus ini. Simple tapi memang berjaya menggeletek hati. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Yus kerana bakal bergelar suami hujung tahun 2014.
yus jambuUntuk makluman, Yus Jambu kini sudah pun berusia 37 tahun. Memang dah molek sangatlah tue untuk berkahwin. Bakal isterinya adalah seorang setiausaha dan peragawati separuh masa. Kata Yus kepadaKosmo:-
Insya-Allah saya akan melangsungkan perkahwinan pada penghujung tahun depan kerana ingin memberi peluang kepada bakal isteri untuk menyambung pelajaran pada peringkat ijazah sarjana.
Dia merupakan seorang setiausaha di sebuah syarikat dan berasal dari Taiping, Perak. Mungkin sudah tiba masanya saya untuk berkahwin dan telah jumpa orang yang sesuai. Dia juga faham kerja saya dan mampu menjaga saya kelak sebagai seorang isteri kepada saya.
Saya tertarik kepadanya bukan kerana paras rupa, sebaliknya saya tertarik kerana keperibadiannya yang sesuai dengan diri saya sendiri. Apa yang penting, pada umur saya yang sudah mencecah 37 tahun ini, kefahaman dalam perhubungan adalah sangat penting bagi saya
yus jambu

Baguslah macam itu. Rupa paras memang bukan segalanya. Nanti dah berumur, berkedut juga muka. Semoga segala perancangan Yus dan bakal isterinya akan berjalan seperti yang dirancang. Sama-samalah kita doakan. Tahniah sekali lagi buat mereka berdua.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.