Latest News

‘Fizo Love Mawar’ Kini Sah Dengan Sekali Lafaz

Hanya dengan sekali lafaz ikatan pertunangan yang terjalin hanya sehari kini diganti pula dengan ikatan sah sebagai suami isteri apabila Fizo Omar kini bergelar suami kepada Mawar Abdul Karim (Mawar), sekitar jam 9.32 pagi tadi.

'Fizo Love Mawar'
Majlis yang dihadiri seramai 200 tetamu terdiri dari kalangan rakan rapat dan juga saudara terdekat diadakan di Country Heights dimana ianya adalah kediaman keluarga Mawar. Dinikahkan oleh Ustaz Mohd Arif Abdul Samad Mawar menerima mas kahwin sebanyak RM506.
Manakala hantaran pihak pengantin lelaki kepada perempuan pula adalah seperti mas kahwin, jam tangan, tas tangan, cincin berlian putih, motosikal jenama Itali, jongkong emas bertulis ‘Fizo Love Mawar’ seberat 1.011kg iaitu simbolik tarikh hari ini.
Bagi pihak perempuan pula membalas dengan 9 dulang yang terdiri daripada tas tangan lelaki, cermin mata hitam, kasut, 2 naskah Al-uran, Plat motor WWF120, Jaket Moto, Moto Ducati Multi Spread & laptop. Majlis resepsi pasangan kedua mempelai ini akan diadakan di Kelantan, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur tidak lama lagi.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.