Latest News

Tanpa Johan As’ari, Lana Nordin Tetap Teruskan Hasrat Berubah

Lana Nordin ialah seorang wanita yang mempunyai pendirian yang tersendiri. Respek dan kagum Abang Nara dengan Lana yang akan meneruskan hasratnya untuk berubah menjadi seorang muslimah yang baik walaupun perhubungannya dengan Johan As’ari sudah tamat. Ternyata, Lana bukan mahu berubah kerana Johan, tetapi kerana kemahuannya sendiri. Tahniah Lana!!!
lana nordin berubah
Berkata kepada Mstar Online, Lana menerangkan yang hasrat ingin berubah sudah pun tersemai di hatinya sebelum bertemu Johan. Kata Lana:-
Sebenarnya saya mahu berubah ke jalan yang diredhai Allah sebelum mengenali Johan lagi dan saya beritahu hasrat itu kepada Lisdawaty. Jadi, apabila Johan bersungguh-sungguh mahu memperisterikan saya, terus saya anggap dialah yang akan membimbing saya. Tetapi apabila keadaan sudah berubah (putus cinta), saya tetap akan teruskan niat untuk menjadi muslimah yang baik
lana bertudung
Alhamdulillah. Abang Nara pasti hasrat Lana Nordin pasti disenangi orang ramai dan akan dipermudahkan. Entah-entah di kala sedang berubah, akan ada hati lelaki yang terpikat pada dirinya. Dan mana tahu lelaki tersebut benar-benar jujur dan ikhlas mahu membimbing Lana. Sama-samalah kita doakan. Teruskan perubahan anda wahai Lana Nordin.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.