Latest News

Aiman Hakim Seorang Yang Romantik – Nur Fathia

Sekali pandang, Aiman Hakim Ridza dan Nur Fathia sememangnya pasangan yang sama cantik dan sama padan. Walaupun khabar angin percintaan mereka sudah bertiup kencang bak taufan, sehingga ke hari ini Aiman dan Fathia masih menafikan wujudnya hubungan mesra antara mereka berdua. Kedua-duanya lebih selesa untuk berahsia dan enggan membuat pengakuan secara terbuka.
aiman hakim dan fathia
Malah Nur Fathia sebelum ini pernah memberitahu hanya akan mengakui perhubungannya dengan Aiman apabila jejaka tersebut menghantar rombongan masuk meminang. Satu langkah yang bagus pada pendapat Abang Nara. Iyerlah, kalau dah kecoh-kecoh bercinta, tup-tup putus di tengah jalan, mahu satu kampung malu. Namun begitu Fathia mengakui yang Aiman ada ciri-ciri lelaki idamannya. Kata Fathia:-
Sebelum ini ketika saya dan Aiman berlakon menerusi drama Mahabbah, di mana waktu itu dia masih lagi dengan bekas kekasihnya, saya dapat lihat kesetiaan dirinya selain bersikap mengambil berat.
Dia juga sering bercakap tentang kekasihnya pada kru produksi, dan sebab itu saya kata dia seorang lelaki yang setia. Dia juga mempunyai ciri-ciri lelaki idaman saya selain seorang yang romantik.
Saya rasa selesa dengan cara itu (tidak membuat pengakuan cinta). Apabila sesebuah perhubungan itu tidak menjadi, tak ada la orang nak kata buruk mengenai perhubungan cinta saya yang lepas. Pada masa sama, orang akan lebih tertumpu mengenai berita-berita kerja lakonan saya sahaja
aiman hakim
Pasti peminat-peminat Aiman dan Fathia tidak sabar untuk mendengar pengakuan tentang percintaan mereka. Kenalah bertahan sehingga Aiman masuk meminang. Kalau Abang Nara jadi Aiman, hari ini jugak masuk merisik. Mana tahu kena sambar dengan lelaki lain. Hehehe. Tak gitu? Info asal Mstar Online.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.