Latest News

Dikritik Kongsi Gambar Berbikini, Reen Rahim Tak Peduli Komen Orang Lain

Lama tidak mendengar perkembangan terbaru mengenai juara program Pilih Kasih, Reen Rahim ini. Kontroversi terakhir yang melanda dirinya ialah mengenai lakonannya di dalam drama Sahara yang mendapat kritikan ramai. Kali ini timbul pula isu lain menghimpit pelakon ini. Gambar berbikini miliknya yang dikongsi menerusi Instagram ketika bercuti di Thailand telah mendapat komen negatif daripada para peminat.
reen rahim
Menariknya Reen Rahim memberitahu yang setiap gambar yang dimuat naik akan ditapis terlebih dahulu untuk memastikan tidak menimbulkan provokasi dan kontroversi. Kata Reen Rahim menerusi Harian Metro:-
Apa yang saya kongsi adalah diri saya sebenar. Kalau orang tengok di luar atau dalam gambar adalah orang yang sama. Sudah tentu setiap gambar yang hendak dimuat naik akan saya tapis dulu. Cuma sampai bila saya kena plastik (hipokrit) padahal di luar saya berbeza.
Ini adalah diri saya, sama ada dalam gambar atau di luar. Tapi jangan salah anggap saya masih jaga batas dan adab. Teguran itu boleh tapi kalau kritik dengan biadap saya tak boleh terima sebab keluarga lebih kenal saya macam mana.
Saya akan fikirkan kesan baik dan buruknya sebelum saya muat naik apa-apa gambar sebab saya sedar akaun itu boleh dilihat masyarat. Bagi saya gambar yang dikongsi itu tidak keterlaluan dan boleh diterima keluarga sendiri, saya tak anggap ia satu masalah.
reen rahim bikini
Pada pendapat Abang Nara, walaupun gambar yang dikongsi oleh Reen Rahim tidaklah seseksi mana seperti yang dibayangkan, kalau nak senangkan lagi cerita dan taknak timbulkan kontroversi, lagi bagus tak muat naik gambar-gambar macam ini. Peminat Malaysia ini sensitif sikit. Lagipun gambar-gambar berbikini nie lebih baik simpan buat koleksi peribadi daripada dijadikan tatapan umum. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

reen rahim bikini
reen rahim bikini
reen rahim bikini
reen rahim bikini
reen rahim bikini
reen rahim bikini
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.