Latest News

Fouziah Gous Nafi Ganti Neelofa Sebagai Pengacara Nona

Nona adalah satu rancangan TV yang amat berprestij. Bukan senang untuk selebriti-selebriti wanita dipilih mengacarakan program ini. Menariknya setiap tahun pasti ada desas-desus mengenai pengacara baru Nona yang akan menggantikan pengacara sedia ada. Untuk makluman, pengacara Nona sekarang ialah Neelofa dan juga Fara Fauzana.
fouziah gous ganti neelofa
Salah satu nama yang dikatakan akan menjadi pengacara Nona sekaligus menggantikan Neelofa ialah Fouziah Gous. Ramai juga yang terkejut kerana sepanjang mengendalikan Nona, Neelofa dilihat amat selesa dan mantap sekali. Namun menurut Fouziah Gous, dia hanya dijemput mengacarakan Nona untuk satu episod sahaja. Kata Fouziah Gous menerusi portal GUA:-
Saya harap peminat tak bangkitkan isu ini kerana saya hanya dijemput menjadi pengacara untuk satu episod. Tiada apa yang perlu diperbesarkan kerana fokus utama saya adalah berlakon. Saya terima tawaran daripada pihak produksi Nona semata-mata untuk timba pengalaman.
Saya tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang pengacaraan. Lebih-lebih lagi program Nona merupakan satu rancangan berinformasi. Apabila ditawarkan, saya agak ragu-ragu tapi saya cuba juga. Saya harap peminat tidak menjangka sesuatu yang lebih daripada saya kerana ini merupakan percubaan pertama saya sebagai pengacara
fouziah gous ganti neelofa
Diharap semua pihak berpuas hati dengan penerangan ini. Untuk pengetahuan anda juga, Neelofa telah menandatangani kontrak baru untuk memanjangkan lagi khidmatnya bersama Nona. Jadi kepada para peminat Neelofa, anda masih boleh menatap wajah pengacara kegemaran anda pada setiap hari Ahad. Sila tarik nafas lega!!!
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.