Latest News

Hanez Suraya Mahu Liyana Manan Mohon Maaf Kepadanya

Pelik tapi benar. Itulah yang boleh Abang Nara katakan mengenai sidang media yang dianjurkan oleh Hanez Suraya di Hotel One World petang tadi. Pelakon ini telah meminta isteri kepada Mr. R iaitu Liyana Manan memohon maaf kepadanya secara terbuka kerana  memfitnah dirinya sebagai punca keretakan rumah tangga mereka.
hanez suraya liyana mananSelain Hanez, suami Liyana Manan iaitu Romie Razin Adilha yang sebelum ini dikenali sebagai Mr. R turut hadir ke sidang media ini bersama peguam masing-masing. Kata Hanez:-
Kenyataan dia (Liyana) di media agak melampau kerana saya dan Mr.R baru saja berkenalan 3 bulan lalu. Sedangkan dia memfailkan cerai di mahkamah pada 8 Oktober tahun lalu. Dia yang memulakan isu ini dan dia dah libatkan satu Malaysia. Semua orang dah kenal saya dan terpaksa menanggung malu. Keluarga saya juga turut menanggung malu. Jadi saya mahu dia meminta maaf secara terbuka.
Segala dakwaannya mengatakan sayalah menjadi punca keretakan rumah tangga dia dan suaminya langsung tidak benar kerana saya mengenali lelaki berkenaan pada 20 Disember lalu (tiga bulan lalu) sedangkan dia menuduh saya menjalinkan hubungan lapan bulan lepas.
Kita lihat dulu sejauh mana respons dia mengenai permintaan saya ini dan jika dia tidak membuat seperti yang saya minta, nantilah tindakan saya seterusnya.
hanez suraya liyana manan
Makin pening Abang Nara dibuatnya dengan kontroversi Hanez Suraya ini. Rasanya dulu Hanez yang memulakan kenyataan bahawa kekasihnya seorang duda dan bukan suami orang. Tup-tup apabila dah sah Mr. R suami orang, si isteri pula yang kena minta maaf? Agak pelik dan menghairankan sungguh. Apa pula pendapat anda? Kredit info Mstar Online dan MalaysianDigest.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.