Latest News

Imam Muda Hassan Tegur Hanez Suraya?

Nampaknya kisah Hanez Suraya mendapat perhatian luas terutamanya di kalangan masyarakat Melayu. Menariknya Imam Muda Hassan, juara program Imam Muda 2 turut dilihat mengeluarkan status di Facebooknya yang seolah-olah menegur perbuatan Hanez Suraya dan Romie yang pergi bercuti di Bangkok. Walaupun tidak menyebut secara nyata nama pelakon tersebut, memang siapa yang makan cili akan terasa pedasnya dengan kata-kata Imam Muda Hassan.
imam muda hassan
Berikut ialah status Facebook Imam Muda Hassan yang sewajarnya dijadikan panduan untuk kita semua:-
Bercuti Dengan Bukan Mahram?
Lagi-lagi kisah percutian ‘pasangan’ yang belum mempunyai ikatan yang sah.
Bercuti dengan bukan Mahram tetapi ditemani oleh orang lain bukanlah satu ‘excuse’ untuk menghalalkan apa yang haram. Matlamat tidak menghalalkan cara.
Walaupun ditemani orang lain, tetapi adegan pegang tangan bersama tidak akan memungkinkan ia menjadi Halal.
Tak kisahlah kalau percutian anjuran syarikat sekalipun, jika batas-batas tidak dijaga, lelaki dan perempuan bebas bergaul tanpa batasan, ia tetap haram.
Dah tak tahan sangat, kahwin sahaja…lepas tu nak bawak naik Gunung Everest sekalipun, tiada siapa yang halang.
Jangan cuba menghalalkan yang haram!
hanez suraya imam muda hassan
Abang Nara yakin akan lebih ramai selebriti yang akan mengeluarkan pendapat mereka mengenai kontroversi yang sedang hangat ini. Imam Muda Asyraf juga sebelum ini sempat membuat memberi komentar kelakar mengenai isu ini di Twitternya yang bertulis “Press Conference ptg ni bersama Hanez Suraya dll.. Isteri sy pesan.. “Abg jaga mata”.. Hehe“. Apa kata anda?
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.