Latest News

(VIDEO)Jawapan Don Daniyal – Kalau Bertanya, Mengapa Tiada Tanda Soal?

Ustaz Don Daniyal telah menjawab mengenai persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh kompilasi video yang menampilkan isi ceramah oleh Don yang dipotong sekerat-sekerat oleh seseorang.
Isu ini hangat minggu lepas, apabila video ceramah Don yang dipotong sekerat-sekerat dan dimuat naik oleh seorang individu Facebook yang menggunakan nama Nur Puteri Diyana. Isu ini seterusnya menjadi hangat apabila bekas pengacara TV3 Wardina Safiyyah Fadhlullah Wilmot mengongsikan video itu di laman Facebooknya beserta satu kenyataan:-
 photo wardina1.png
Wardina melalui akaun Instagramnya turut memuat naik satu gambar beserta kecaman berunsur sinis mengenai pengikut yang dipimpin ulama yang buta ke lubang neraka.
 photo 191218rlyl2jtwsfyly9g9.jpg
Entri ini telah dipadam oleh Wardina setelah menerima kritikan dari orang ramai.
Melalui rancangan ’30 Minit Bersama Ustaz Don Daniyal’ yang disiarkan di TV Al-Hijrah semalam, Don telah memberikan jawapan kepada persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh video kompilasi tersebut, iaitu tentang Bani Tamim, telaga Barahut dan Ikhwanul Muslimin.

Dalam video tersebut Don juga turut mengatakan yang sekiranya bertanya, perlu ada tanda soal. Ini dikira mungkin jawapan Don kepada kenyataan Wardina yang sebelum ini, setelah menerima kecaman pelbagai pihak, mengatakan dia sekadar bertanya kerana mencari kebenaran.
Don juga bertanya kepada Wardina setelah meminta maaf dengan lembut:-
Bagaimana saudari boleh wujud di dunia ini dalam keadaan orang berkata macam-macam tentang saudari?
Don bagaimanapun meminta agar pengikut kedua-dua pihak berhenti bergaduh dan ada menyebut tentang Wardina pernah menginspirasikan orang lain untuk memakai tudung.
Don juga menyebut tentang jawapan Ketua Pengarah Eksekutif TV Alhijrah, Che Wan Alias Che Wan Abdullah yang mengatakan kepada pembuat video-video sekerat iaitu:-
Bertakwalah pada Allah.
Lagi penjelasan tambahan tentang ceramah Don dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Penjelasan lengkap telah turut diberi oleh rakan-rakan Ustaz Don seperti yang dilaporkan di laman ini, iaitu:-
1. Kisah rambut Asy-Syarif, Ustaz Don cerita tentang kisah Dato’ Harun Din.
2. Kisah telaga pula, Ustaz Don ambil daripada cerita Dr Zulkifli Al Bakri. Ini ada dalam Kitab Ghiza’ albab oleh As Safarini (si pembuat video ni kenal tak Imam As Safarini ?)
3. Kisah bani tamim, Ustaz Don ambil tafsiran badlishah – yang ini memang salah. Ustaz Don pun dah beritahu dalam video yang dikeluarkan dalam page : Ustaz Don Daniyal Don Biyajid : Solat & Selawat Tour – ia sekadar teori dan pendapat, boleh sahaja ditolak.
4. Kisah wudhuk – Ustaz Don petik dari Buku Dato’ Ismail Kamus.
5. Kisah niat – ini memang method Mazhab Asy Syafie.
6. Kisah doa ulama dalam berkumur, Ustaz Don tidak sebut hadith, maka tiada apa-apa halangan. Ia ada dalam kitab Imam al Ghazali dan lain-lain.
7. Kisah dhob / biawak – tiada kesepakatan ulamak ianya hadith palsu, Ikut kajian lebih terperinci ia hanya bertaraf dhaif. Maka ia boleh dipakai dalam bab Fadha’il (juga tentang Fadha’il Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam – jika siapa yang belajar Ulum Hadith akan tahu bahawa menggunakan hadith dhaif dibenarkan dengan syarat tertentu. Ramai alim ulamak gunakan hadith dhaif, Imam Bukhari pun ada koleksikan hadith dhaif dalam Al Adab al Mufrad) . Ia boleh diriwayatkan dengan menyebut ia hadith bersanad dhoief atau guna lafaz tamrih sahaja sebab ia berkaitan sirah dan dala’il nubuwwah, tak berkaitan aqidah dan hukum.

Untuk penjelasan seterusnya sila ke laman ini.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.