Latest News

Mungkin Cara Shahir Menjawab Dimanipulasi Media – Erra Fazira

Ramai yang terkejut apabila desas-desus perhubungan antara Shahir dan Erra Fazira mula tersebar minggu ini. Ada yang menyokong, ada yang membantah. Ada yang masih mahukan Erra bersatu semula dengan Engku Emran. Ditemui oleh Era.fm, Erra membuat penjelasan yang lebih mendalam mengenai isu ini. Mungkin semua pihak akan lebih jelas apabila membaca penerangan yang diberikan oleh primadona ini.
erra dan shahir
Kata Erra:-
Sebenarnya bukan hal besar. Saya mahupun dia berhak untuk berkawan dengan sesiapa pun. Kenapa perlu dipersoalkan. Lagipun kita dalam satu industri jadi saya rasa berkawan tidak salah.vSemasa dia ditemuramah saya ada waktu itu. Tak ada pun dia cakap kata berkawan rapat.
Tetapi biasalah ada yang menokok tambah. Berkawan memang saya berkawan dengan dia. Buat apa saya berbohong. Lagi pun saya ini bukan remaja belia lagi nak begitu dan begini. Kami diterjah hari yang sama.
Mungkin saya sudah biasa dengan situasi sebegini jadi saya boleh menjawab secara mudah. Tetapi Shahir mungkin dia terperanjat dengan soalan sedemikian rupa. Dia budak baik dan mungkin cara dia menjawab itu dimanupilasikan oleh pihak media.
erra dan engku emranDitanya mengenai kemungkinan untuk dirinya dan Engku Emran bersatu kembali selepas mereka berdua dilihat bersama di dalam beberapa gambar yang dikongsi oleh bekas suaminya itu, Erra menerangkan:-
Saya faham mesej yang hendak disampaikan oleh dia. Kiranya kami macam contoh kepada orang luar terutama yang bercerai yang abaikan anak dan sebagainya. Walaupun kami berpisah tetapi tanggungjawab terhadap anak tetap diutamakan dan kami boleh bersama dan bersatu demi anak. Tidak semestinya kalau demi anak-anak perlu bersatu atau rujuk semula. Tetapi kita boleh berbaik demi anak. Dan saya rasa ia sepatutnya dipratikkan oleh insan-insan yang telah berpisah
erra dan engku emran
Rasanya baiklah kita memberi peluang untuk Erra Fazira menjalani kehidupan “single” buat sementara waktu ini. Bagi peluang untuk Erra untuk melakukan apa yang dimahukan tanpa menghimpit dengan persoalan mengenai pengganti bekas suami atau kemungkinan untuk rujuk semula. Kalau Abang Nara jadi Erra, stress juga nak melayan soalan-soalan sebegini. Tak gitu? Apa pendapat anda?
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.