Latest News

Saya Hanya Menunggu Keputusan Mahkamah – Izreen Azminda

Agak misteri juga apa sebenarnya yang terjadi kepada Izreen Azminda dan suami. Pada mulanya Izreen mengakui yang hubungan mereka sudah tamat dan kemudiannya suami Izreen, Riza memaklumkan yang kes penceraian mereka akan dibicarakan di mahkamah dan dia belum lagi melafazkan cerai. Ramai tertanya-tanya cerita pihak manakah yang betul. Nampak gayanya daripada informasi terbaru, penceraian mereka belum sah dan harus menunggu keputusan mahkamah.
izreen
Kata Izreen menerusi Utusan Malaysia:-
Saya tidak mahu komen. Saya hanya menunggu keputusan mahkamah. Proses perceraian itu juga sedang berjalan. ?Kalau boleh, saya tidak mahu berbalas kenyataan dengan dia (suami) dan kami juga masih berhubung berkaitan soal anak sahaja.
?Sekarang, saya mahu menyiapkan semua kerja yang tertunggak dan selepas itu baharu menumpukan kepada permasalahan rumah tangga kami. ?Pada masa ini,
anak kami masih tinggal bersama saya.
izreen
Dikurniakan seorang anak yang baru berusia 10 bulan, nampaknya masih ada sinar harapan untuk pasangan suami isteri ini. Harap-harap dapat berbincang sedalam-dalamnya sebelum mengambil sebarang keputusan. Fikirkan masa depan anak. Fikirkan saat bahagia bersama-sama. Kalau boleh, janganlah bercerai demi masa depan sendiri. Pasti ada jalan penyelesaian yang lebih baik daripada perpisahan. Sama-samalah kita doakan.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.