Latest News

Takut Rakan Dikenakan Tindakan, Iqram Dinzly Mohon Cerita Hubungan Songsang Dihentikan

Kawan yang benar-benar kawan ialah mereka yang sentiasa berada di sisi kita tak kira ketika senang atau susah. Abang Nara rasa Iqram Dinzly bolehlah dimasukkan dalam kategori kawan sejati. Ketika cerita hubungan songsangnya bertebaran, Iqram ternyata sangat prihatin dan risaukan keadaan rakannya yang dikaitkan dalam dakwaan ini. Ini kerana rakannya itu masih seorang pelajar dan boleh dikenakan tindakan sekiranya perkara ini pergi lebih jauh.
iqram dinzly
Memang benar sekiranya pelajar tajaan kerajaan atau badan persendirian di luar neagara terlibat dalam dakwaan yang mampu menjatuhkan maruah, mereka akan dipanggil untuk siasatan. Sekiranya terbukti benar, memang boleh dikenakan tindakan. Itu yang Iqram tak mahu cerita hubungan songsang ini berterusan disebarkan. Kang tak pasal-pasal kawannya kena panggil sedangkan ia adalah berita palsu. Kata Iqram menerusi Utusan Malaysia:-
Tidak adil untuk rakan saya terpalit sama dalam cerita tidak betul ini, saya mungkin seorang artis tetapi dia hanya pelajar di sana.
“Saya takut dia akan dikenakan sebarang tindakan pula. Jujur, rakan saya itu mempunyai seorang teman wanita jadi macam mana blog itu boleh laporkan kisah ini.
Siapa tidak mahu kahwin, cuma jodoh itu belum sampai. Saya memang minat wanita. Saya harap sesiapa juga yang cuba menjatuhkan saya itu tahu bahawa setiap kelakuan kita akan mendapat balasan.
Jadi saya harap dia tahu apa yang dia buat ke atas saya kini mungkin akan berlaku ke atas dia atau orang terdekat dia
iqram dinzly
Apa pun Abang Nara respek dengan Iqram Dinzly yang tidak mudah melatah dan tenang menghadapi gosip sebegini. Abang Nara pun seringkali dicop lelaki lembut/nyah oleh para pembaca BeautifulNara tetapi buat tak tahu saja dengan dakwaan sebegitu. Yang penting diri sendiri tahu kebenaran dan orientasi seksual yang sebenar. Tak gitu? Hehehe.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.