Latest News

(12 GAMBAR)Sekitar Majlis Pernikahan Jimmy Shanley & Mariam Jamilah

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Jimmy Shanley, 34 tahun yang telah selamat bergelar suami kepada Mariam Jamilah Abdul Jalil, 27 tahun Sabtu lalu. Majlis pernikahan telah berlangsung di Hotel Concorde, Shah Alam kira-kira jam 5 petang. Perkahwinan ini juga sekaligus menafikan desas-desus yang Jimmy telah menamatkan zaman dudanya dengan seorang janda yang bertebaran sebelum ini.
jimmy shanley
Pasangan sama cantik sama padan ini telah dinikahkan oleh ayah Mariam sendiri dengan sekali lafaz sahaja. Mariam telah menerima mas kahwin RM1,000 dan wang hantaran RM15,000. Kata Jimmy Shanley menerusi Mstar Online:-
Alhamdullillah, perkahwinan ini menepis khabar angin sebelum ini tentang saya berkahwin atau bercinta dengan janda. Isteri saya ini bukan janda dan ini perkahwinan pertamanya. Saya tahu ada orang sebarkan fitnah tentang saya berkahwin dengan seorang wanita berstatus janda kerana mereka tersilap orang.
Ketika khabar angin itu tersebar saya sudah berkawan dengan dia dan saya bimbang juga tanggapan dia kepada saya. Bukan saya merahsiakan sebaliknya saya tidak mahu orang bercakap dan timbul apa-apa fitnah lagi. Sebelum ini saya pernah mengalami macam-macam perkara dan saya tidak mahu ia berlaku kepada Mariam.
Kami dikenalkan oleh seorang kawan dan boleh dikatakan sudah hampir beberapa tahun dan bagi saya dia seorang yang sesuai untuk dijadikan teman hidup. Dia tidak ramai kawan sama seperti saya dan kami suka mengisi masa lapang dengan mencari makanan yang sedap-sedap dan main volley ball.
Saya selesa bersama dia dan dia seorang yang tahu tentang agama, lagi pula dia pandai menjaga hati saya dan ibu bapa saya.
jimmy shanley
Jimmy dan Mariam akan berbulan madu di Eropah sebelum ketibaan bulan Ramadhan. Tahniah sekali lagi diucapkan buat Jimmy dan Mariam atas perkahwinan ini. Semoga perkahwinan kali kedua buat Jimmy ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
jimmy shanley
jimmy shanley
jimmy shanley
jimmy shanley
jimmy shanley
jimmy shanley
jimmy shanley
jimmy shanley
jimmy shanley
jimmy shanley

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.