Latest News

Amy Search Dah Malas Ambil Tahu Pasal Anaknya, Nabila Huda

Nampak sangat Amy Search sudah kecewa, bengang atau terlalu sedih dengan kontroversi yang seringkali menghimpit anaknya, Nabila Huda. Kalau dulu Nabila sering menimbulkan kekecohan dengan pakaian seksinya, baru-baru ini kontroversi timbul sekali lagi apabila Nabila Huda diajak memeluk agama lain oleh peminatnya disebabkan gaya hidupnya yang nampak agak sosial.
nabila huda amy search
Berkata menerusi Sinar Harian, Amy Search memaklumkan yang dia enggan lagi mengambil tahu perihal anaknya itu. Kata Amy:-
Sebenarnya, saya baru tahu perkara ini (peminat ajak tukar agama). Saya dah malas! Saya tidak mahu komen apa-apa. Saya hanya akan berkongsi perasaan bersama isteri saya sahaja. Saya tidak akan bercerita kepada media. Dengan siapa dia bersama, di mana dia berada, saya tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu. Biarlah dia
nabila huda
Nampak gayanya Amy Search pun dah putus asa untuk menasihati anaknya. Mungkin ini buat sementara waktu sahaja. Diharap Amy jangan berterusan putus asa dengan anak sendiri. Walaupun sebelum ini Amy ada menasihati Nabila, nampak gaya ia seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tak apalah Amy, satu hari nanti pasti akan berkesan juga nasihat anda. Banyakkan berdoa moga hati Nabila dilembutkan.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.