Latest News

Awie Menyesal Bekerjasama Dengan KRU

Kalau otai seperti Awie pun melahirkan kekesalannya, memang agak sedih juga sebenarnya. Ini semua gara-gara lagu di dalam album baru Wings telah pun dicetak rompak sebelum ia dilancarkan. Awie ternyata sedih dengan maklumbalas yang diterima oleh penerbit album tersebut iaitu KRU Music Group. Kalau Abang Nara jadi Awie pun pasti kesedihan akan menyelubungi diri ini.
awie
Kata Awie menerusi Mstar Online:-
Dulu, saya ditawarkan untuk bekerjasama dengan KRU Studios secara solo, tetapi saya tak nak. Kemudian mereka mengajak Wings pula dan pemain gitar utama kami, Joe bersetuju, dan saya pun ikut sahaja.
Selepas album siap, kami bersemangat mahu lancarkan album tersebut sebaik-baiknya tetapi malang sekali, majlis dibuat seperti ‘melepaskan batuk di tangga’. Malah tiada sebarang poster menunjukkan ia adalah majlis pelancaran kami.
Sudahlah beberapa lagu dalam Menakluk Kosmos dicetak rompak. Dan apabila meminta penjelasan Norman (Presiden Eksekutif KRU Music) dia hanya memberikan komen menerusi YouTube. Kenapa mesti YouTube? Cukuplah satu album kerjasama kami dengan mereka
awie wings
Siapa yang tak sedih apabila hasil usaha selama ini tiba-tiba dicetak rompak dan pihak yang sepatutnya menguruskan kerjaya mereka seolah-olah buat tidak peduli. Memang menusuk kalbu. Namun selaku seorang rockers, Awie kena tabah dan bersabar menghadapi dugaan ini. Cuba duduk semeja dan berbincang elok-elok. Kalau tak boleh selesai juga, mungkin jalan keluar ialah dengan keluar daripada KRU. Tak gitu?
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.